seharum wangian syurga

Monday, December 05, 2011 | 4 talkiey²



novel islamik yang sangaaaaaat best ! banyak memberi pengajaran yang berguna..
tak rugi eiyna beli haritu..hehe..benda yang menarik perhatian eiyna untuk
 membeli buku ny mase eiyna bace sinopsis dy...pastu ternampak perkataan
JABAL RAHMAH..tiba tiba jadik tertarik nak beli..alhamdulillah,memang sangat best..
cerita yang boleh di jadikan teladan dalam kehidupan seharian ! dan
jangan tak percaya , penulis dia baru berumur 16 tahun ! subhanallah..

Sinopsis

ALIFF FAHMI redha apabila pertunangannya terpaksa diputuskan kerana fitnah yang melanda. Dia tekad. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji. Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau. Gadis itu telah meluahkan rasa hati kepadanya. Kecewa kerana kasihnya ditolak lelaki itu, Anis nekad mahu membunuh diri. Aliff Fahmi cuba memujuk, tapi tidak diendahkan.

“Ya ALLAH, jika gadis ini nekad untuk mencabut nyawanya, tolonglah… jadikanlah sesuatu sebab yang boleh memberikan kesempatan untuk dia bertaubat kepada-MU!” Itulah doa Aliff Fahmi. Akhirnya dia bersetuju untuk mengahwini Anis.

Perkahwinan itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah megubah diri Anis menjadi Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.

Aliff Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk memunaikan umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya. Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah. Namun, ada jodohkah antara mereka berdua? Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.





Jom talkiey²

izatty fatihah said...

waa~~bce sinopsis cam best!
kak eiynaku nak pinjam boleh? hehe~~

eiyna zhafirah said...

@izatty fatihah bole..:)
meh datang amek kt umah :P

Isma Haneefa said...

heeee...ya ALLAH! trharunya...trima kasih dik... teruskan menyokong karya akak:D...insya-ALLAH next year:)))-penulis SEHARUM WANGIAN SYURGA

eiyna zhafirah said...

@Isma Haneefa hehe..afuan :)
oke,insha Allah :)