Final choice

Friday, April 27, 2012 | 4 talkiey²



Lama kot tak hupdate blog ! haha . tak ada mood nak berblogging + tak ada idea nak hupdate apa . Tak perlu la kot nak bagitaw result SPM ku . Sebab biasa2 je kot ! harhar . Kat Unikl dapat tawaran FIST aliran sains . kat kolej MARA kuala Nerang . Tup tup , yang matrik dapat kat Kolej MARA Kulim ! haha . memang rezeki haku jadi anak MARA  kot . muahaha .
and final choice , i choose Matrik . although i know matrik is tough ! kena struggle la lepas nie . hadoooiy . malas dah nak fikir UPU + maktab .
Kejap lagi jadi anak MARA la haku ! entah camna la haku ngan Aimina leh tercampak kat kolej MARA kulim . kawan-kawan yang lain ramai dapat kat kolej matrikulasi kedah ! uhuhu ,, sedih jugak sesikit ! :(
Tadi pergi Kb mall . dah start beli barang untuk persiapan ke matrik . walaupun lambat lagi tarikh daftarnya ! haha . tapi tak de la eksaited sangat kot . just beli yang perlu . ada sape2 pernah masuk kolej mara kulim ? anyone ? just nak tau pengalaman korang . dengar2 banyak jugak kelebihannya jadi anak MARA .

~ elaun sara hidup RM 1200
~ anak Mara ( berpeluang ditaja buat degree kat oversea)
~ Tenaga pengajar yang berpengalaman
~ WiFi di Bangunan Akademik
~ Kemudahan Pusat Sumber
~ Bilik kuliah dan tutorial yang kondusif
~ Kemudahan koperasi
~ Penginapan disediakan percuma
~ Menyediakan khidmat kawalan sekuriti
~ Kemudahan dewan makan yang menyediakan menu 6 kali sehari secara percuma
~ Kemudahan kafetaria dan cybercafe
~ Kemudahan dobi (laundry)
~ Berhampiran dengan Masjid Air Merah
~ Berhampiran dengan pusat membeli-belah seperti Giant, Tesco dan The Store (10 minit dari kolej)
CP dari kmkm . :P

and so on . kira untung jugak la masuk kolej mara kulim ny ! haha



Khas untuk mu

Thursday, March 08, 2012 | 2 talkiey²



WAHAI WANITA , ketahuilah bahawa......

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!
ENGKAU sememangnya CANTIK~ ♥

Selamat Hari Wanita sedunia

Lot of <3



C.U.A.K!

Wednesday, March 07, 2012 | 6 talkiey²


Hari nie, result STPM keluar..maknenya tak lama lagi SPM pulak keluar..penentu masa depan ku..
Terlalu berat untuk menerima hakikat yang tak lama lagi result SPM ku akan keluar!
'Aku dah cukup kuat+sedia ke nak terima result SPM nanti?'
 Kuat ke tak kuat ke, masa tak kan tunggu kita...yang pasti kita tetap akan menempuhinya..
Ya Allah,takutnya..agaknya macam mana lah result ku nanti ye.. 


tawakal je lah..dah tak leh nak buat apa dah..rasa nak nangis je ;( takut sangat . sangat . sangat .
kalau tak nak ambik tak pe? -.-  C.U.A.K !

CLICK HERE for more life, love, friendship and inspiring quotes!





semuanya pasal online

Tuesday, March 06, 2012 | 2 talkiey²


baru2 nie, eiyna ada post kat majalah.com about dropship..dan suruh diorang email kalau diorng perlukan agen dropship..banyak responds yang eiyna dapat suruh jadi agen diorang..dan ada satu email yang eiyna dapat dari Jerry Lim yang tertulis begini..

Greeting,I am sorry to contacting you through this medium.I choose to reach you through it because it still remains one of the fastest medium of communication.I am Mr Jerry Lim,I was moved to contact you and see how best we can assist each other.I have an important business discussion i wish to share with you which I believe will interest you.I want to transfer USD9.7 million (Nine Million and seven Hundred Thousand US Dollars) to your Bank account in your country for investment on properties,hotel or as you may choose and I need your assistance to receive this fund and also invest the money for me. I will give you details about this transaction as soon as you respond.Lets get this done urgently.I will like to finalize this transaction with you as the bonafide beneficiary before my arrival in your country for partnership investment agreement.On getting your response, we shall agree on the percentage ratio on how the funds shall be splitted between ourselves.Be re-assured that this business is 100% risk free.Please kindly get back to me immediately via my private email address only: (jerry.lim47@yahoo.com ) to enable me enlighten you on how we can proceed.In your reply please tell me more about yourself and include your telephone number for easy communication. Sincerely,Mr.Jerry Lim. 

mak aihh..biar betui !! seram sejuk dibuatnya..kita nak jadi agen dropship je, bukan partnership..buat hotel ??? kita belom cukop umo nak fikir gitu-gitu..lagipun , korang rasa dia betol2 seriuos or what ? takut jugak bila dapat email macam nie..
dan masa dok nghadap fesbok tadi, tibe2 terklik kat satu pages nie..pages pasal Senarai Penipu Online Malaysia Detail. memang banyak lah scammer terutama di mudah.com. rasa takut pulak nak jadik agen dropship..tapi insya Allah ,supplier eiyna nie 100% bersih dari penipuan..
minggu depan , insya Allah, eiyna akan update pasal koleksi barang yang eiyna jual di blog satu lagi yang baru di buat..hehe..nanti usya-usya lah yer..:)