aiy korang ! rini eiyna nk k0ngsi stu tut0rial kt k0rang..p eiyna p0n xde la pndai cgt nk tut0r2 org ny..hehe law korang ase nk ltk icon tpi k0rg pnyerr p0st title cm eiyna pnyerr ny,f0ll0w la tutorial ny..first tue k0rang kne login kt blog k0rang,,n den dri dashboard>layout>edit html>expand widget template..den tkn ctrl+F utk mghidupkn fngsi 'find' kmudian cr kod kt bwh ny
p/s: tkrkn prktaan 'url gambar' tue dgn url gmbr yg k0rang nk..plh icon yg korg nk n den upload kt ke dlm ph0t0bucket 0r imageshack..amk direct url icon trsbut..k0rang jgk leh cri kt ph0t0bucket or kt glittergraphic..saiz gmbr yg di gnekn adlh lm lingkungan 20x20 hngga 30x30.. preview n law k0rg da puas aty,klik save tmplate..
"JADI juga kamu ambil barang -barang kamu ya?" Sabrina mengangguk. "Itulah yang kamu nak sebenarnya, kan?" "Nak? Nak apa mama?" Bulat mata Datin Hamidah merenungnya. "Jangan panggil aku mama. Aku tak pernah terima kau jadi menantu aku!" Sabrina tunduk. "Saya minta maaf, Datin." "Huh! Itu ajalah yang kamu tahu. Maaf, maaf, maaf!" Sabrina diam. Melawan air mata yang mahu bertandang. Dia penat menangis. Dia tidak mahu menangis lagi. "Kamu memang ada niat nak tinggal dalam rumah besar nikan?" "Apa maksud Datin?" "Kamu sengaja masuk ke bilik anak aku, kan? Sengaja rancang semua ni semata-mata nak hidup senang dalam rumah besar ni. Aku tak fahamlah dengan manusia zaman sekarang ni! Sanggup buat apa saja semata-mata nak hidup senang. Sanggup gadai maruah diri. Sanggup biarkan diri ditangkap berkhalwat dengan orang yang kau sendiri tak kenal perangainya." "Tak. Saya bukan macam tu, Datin. Saya pun tak…" "Dah… dah… aku tak nak dengar alasan kau yang berkarung-karung tu. Aku nak kau ingat satu perkara aja. Jangan ingat bila kau masuk dalam rumah ni, kau boleh hidup senang. Tak. Jangan nak mimpilah!" Sabrina sebak menahan sendu. Kata-kata yang sinis itu terus terngiang-ngiang di telinganya. Terus memburu pendengarannya. Setiap kali teringatkan kata-kata Datin Hamidah, terasa betapa kotornya dia di dalam banglo itu. Tidak pernah dia bermimpi untuk tinggal di situ. Keluarga Datuk Hamidi pun dia tidak pernah kenal. Badrul sendiri pun dia tidak pernah kenal. Bagaimana mungkin dia boleh menyimpan niat sejahat itu pada Badrul dan keluarganya? Air mata yang mulai memberat di bibir mata, cepat-cepat disapu. Tidak mahu air mata itu menitis di hadapan Badrul. Takut kata-kata sinis Badrul pula yang menghiris perasaannya. Hatinya yang remuk bagai tidak dapat dirawat lagi. "Kau ni, kenapa pulak?" Sabrina menggeleng laju. Badrul menjeling sekilas. Bukan dia tidak perasan air mata yang bertakung di mata gadis itu. Melihat gelengan Sabrina, dia terus menyambung konsentrasi pemanduannya. Namun, dia sedar satu perkara. Kebelakangan ini, Sabrina berusaha untuk tidak menitiskan air mata di hadapannya. Setiap permintaannya, pasti Sabrina akan penuhi.