Final choice

Friday, April 27, 2012 | 4 talkiey²



Lama kot tak hupdate blog ! haha . tak ada mood nak berblogging + tak ada idea nak hupdate apa . Tak perlu la kot nak bagitaw result SPM ku . Sebab biasa2 je kot ! harhar . Kat Unikl dapat tawaran FIST aliran sains . kat kolej MARA kuala Nerang . Tup tup , yang matrik dapat kat Kolej MARA Kulim ! haha . memang rezeki haku jadi anak MARA  kot . muahaha .
and final choice , i choose Matrik . although i know matrik is tough ! kena struggle la lepas nie . hadoooiy . malas dah nak fikir UPU + maktab .
Kejap lagi jadi anak MARA la haku ! entah camna la haku ngan Aimina leh tercampak kat kolej MARA kulim . kawan-kawan yang lain ramai dapat kat kolej matrikulasi kedah ! uhuhu ,, sedih jugak sesikit ! :(
Tadi pergi Kb mall . dah start beli barang untuk persiapan ke matrik . walaupun lambat lagi tarikh daftarnya ! haha . tapi tak de la eksaited sangat kot . just beli yang perlu . ada sape2 pernah masuk kolej mara kulim ? anyone ? just nak tau pengalaman korang . dengar2 banyak jugak kelebihannya jadi anak MARA .

~ elaun sara hidup RM 1200
~ anak Mara ( berpeluang ditaja buat degree kat oversea)
~ Tenaga pengajar yang berpengalaman
~ WiFi di Bangunan Akademik
~ Kemudahan Pusat Sumber
~ Bilik kuliah dan tutorial yang kondusif
~ Kemudahan koperasi
~ Penginapan disediakan percuma
~ Menyediakan khidmat kawalan sekuriti
~ Kemudahan dewan makan yang menyediakan menu 6 kali sehari secara percuma
~ Kemudahan kafetaria dan cybercafe
~ Kemudahan dobi (laundry)
~ Berhampiran dengan Masjid Air Merah
~ Berhampiran dengan pusat membeli-belah seperti Giant, Tesco dan The Store (10 minit dari kolej)
CP dari kmkm . :P

and so on . kira untung jugak la masuk kolej mara kulim ny ! haha



Khas untuk mu

Thursday, March 08, 2012 | 2 talkiey²



WAHAI WANITA , ketahuilah bahawa......

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!
ENGKAU sememangnya CANTIK~ ♥

Selamat Hari Wanita sedunia

Lot of <3



C.U.A.K!

Wednesday, March 07, 2012 | 6 talkiey²


Hari nie, result STPM keluar..maknenya tak lama lagi SPM pulak keluar..penentu masa depan ku..
Terlalu berat untuk menerima hakikat yang tak lama lagi result SPM ku akan keluar!
'Aku dah cukup kuat+sedia ke nak terima result SPM nanti?'
 Kuat ke tak kuat ke, masa tak kan tunggu kita...yang pasti kita tetap akan menempuhinya..
Ya Allah,takutnya..agaknya macam mana lah result ku nanti ye.. 


tawakal je lah..dah tak leh nak buat apa dah..rasa nak nangis je ;( takut sangat . sangat . sangat .
kalau tak nak ambik tak pe? -.-  C.U.A.K !

CLICK HERE for more life, love, friendship and inspiring quotes!





semuanya pasal online

Tuesday, March 06, 2012 | 2 talkiey²


baru2 nie, eiyna ada post kat majalah.com about dropship..dan suruh diorang email kalau diorng perlukan agen dropship..banyak responds yang eiyna dapat suruh jadi agen diorang..dan ada satu email yang eiyna dapat dari Jerry Lim yang tertulis begini..

Greeting,I am sorry to contacting you through this medium.I choose to reach you through it because it still remains one of the fastest medium of communication.I am Mr Jerry Lim,I was moved to contact you and see how best we can assist each other.I have an important business discussion i wish to share with you which I believe will interest you.I want to transfer USD9.7 million (Nine Million and seven Hundred Thousand US Dollars) to your Bank account in your country for investment on properties,hotel or as you may choose and I need your assistance to receive this fund and also invest the money for me. I will give you details about this transaction as soon as you respond.Lets get this done urgently.I will like to finalize this transaction with you as the bonafide beneficiary before my arrival in your country for partnership investment agreement.On getting your response, we shall agree on the percentage ratio on how the funds shall be splitted between ourselves.Be re-assured that this business is 100% risk free.Please kindly get back to me immediately via my private email address only: (jerry.lim47@yahoo.com ) to enable me enlighten you on how we can proceed.In your reply please tell me more about yourself and include your telephone number for easy communication. Sincerely,Mr.Jerry Lim. 

mak aihh..biar betui !! seram sejuk dibuatnya..kita nak jadi agen dropship je, bukan partnership..buat hotel ??? kita belom cukop umo nak fikir gitu-gitu..lagipun , korang rasa dia betol2 seriuos or what ? takut jugak bila dapat email macam nie..
dan masa dok nghadap fesbok tadi, tibe2 terklik kat satu pages nie..pages pasal Senarai Penipu Online Malaysia Detail. memang banyak lah scammer terutama di mudah.com. rasa takut pulak nak jadik agen dropship..tapi insya Allah ,supplier eiyna nie 100% bersih dari penipuan..
minggu depan , insya Allah, eiyna akan update pasal koleksi barang yang eiyna jual di blog satu lagi yang baru di buat..hehe..nanti usya-usya lah yer..:)



akhirnya..alhamdulillah :)

Wednesday, February 29, 2012 | 4 talkiey²



alhamdulillah..akhirnya selesai jugak test dengan jpj . gementar . berdebar . semuanya bercampur jadi satu sewaktu test tue berlangsung . tapi sedih nya , ada kawan2 eiyna yang fail dalam test tue ....
 dan sekarang , lesen P dah siap !! hehe . tappppi , walaupun dah dapat lesen P , still kena test dengan my father dolu :(
x kesah la . janji dah dapat lesen P . wiewitt ! hehe .



urm , musim tunggu result nie la musim yang paling boring . yela , tak de keje nak buad :( 
btw , eiyna nak try jadi dropship :) dapatlah jugak duet walaupun siket . sekarang tengah tunggu respon dari supplier . nanti dah kompem , i will update about that . x de la buang masa sangat . 

sape pernah guna tony tint ? best x ? ada yang cakap best guna . tapi eiyna tak pernah try . just nak tau about it  n wanna try ^_^




cover your chest please!

Saturday, February 11, 2012 | 1 talkiey²


Kebanyakan kaum wanita sekarang nie especially yang bertudung lah , suka sangat dedahkan dada ! #Fact !!nauzubillah . tak malu ke ? mana maruah kita sebagai kaum hawa ? tutorial untuk shawl pun kebanyakannya buat yang nampak dada . susah nak cari yang tutup dada . dan sekarang dah terkenal pulak dengan "sanggul" yang macam bonggol unta tue . padahal jelas mengatakan haram menyerupai bonggol unta .

Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223. Rasulullah s.a.w bersabda: “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim


Bangga ke dapat tunjuk kat orang benda yang sepatutnya kita sembunyikan? Mungkin dah tak ada rasa malu dalam diri . nauzubillah . malu itu sebahagian daripada iman . hilang malu , hilanglah sebahagian iman kita . eiyna pun tak nak lebih-lebih . nanti orang cakap apa pulak kan . cuma..ingatlah tujuan utama kita hidup didunia nie . Nak berfesyen pun , jangan sampai mendedahkan yang tak sepatutnya di dedahkan . Islam mengharuskan umatnya berhias . tapi jangan berlebihan .
Mengaku islam , tapi berpakaian tak mengikut syarak . nak jadi orang munafik ke ? sebab tu lah islam sering dipandang rendah . sebab umatnya sendiri memandang enteng terhadap suruhan agama . memanglah tak dinafikan yang semua wanita nak kelihatan cantik apabila berdepan dengan umum, tapi cara berpakaian tue haruslah sopan dan menutup aurat .

Nak kelihatan cantik boleh , tapi jangan dedahkan aurat !
 

btw , i like her tutorial because it cover chest . let's watch it out .


macam nie kan bagus . tak gituh ?!



be mine ♥

Wednesday, February 08, 2012 | 9 talkiey²


hurmmm, lamanya eiyna tak update blog nie..dah bersawang berhabuk dah.. .
reasons nye malas + busy pegi ambik lesen !(busy sangat ke ?) hehe . rindunya kat blog nie . yeay ! tak lama lagi dah boleh drive kete senirik..
tapi yang paling tak suka sangat,tiap kali buat yang 8 jam tue mesti kena tunggu lama . *boring taw !* rupanya ramai jugak orang nak buat lesen . penantian suatu penyeksaan ! huhu
21/2 nie test dengan jpj . harap harap lulus . belajar pakai kete manual , pas dapat lesen pakai kete auto ! haha
macam macam . sekurang kurang nya ada pengalaman bawak kete manual . tak gituh ?!

jom layan lagu nie . best siot ! be mine ? hikihik
lagu yang sedang malatop..huhu






Know anyone who just completed their SPM? Let them know about SEGi Scholarships!

Sunday, January 08, 2012 | 1 talkiey²


Know anyone who just completed their SPM? Let them know about SEGi Scholarships! profile image

Know anyone who just completed their SPM? Let them know about SEGi Scholarships!: SEGi University College is holding its Open Day on the 14th and 15 January 2012! Meet the Deans, tour the campus, discuss your study options with experienced counselors and preview the courses available. Register with SEGi during the Open Day and enjoy a rebate of RM500 AND, for those students joining the January or February intake, stand a chance to win an iPad 2 or iPod Shuffle. Get a foretaste of college life at SEGi this January!



Siti Fatimah Mukhtar pelajar cemerlang spm 2006 yang terus cemerlang !

Wednesday, January 04, 2012 | 8 talkiey²




Walaupun sekarang nie sedang kecoh pasal pelajar cemerlang spm 2004,Nur Amalina Che Bakri yang di katakan sudah hilang jati diri apabila berada di negara orang, namun berbeza pula dengan pelajar cemerlang spm 2006 , Siti Fatimah Mukhtar yang masih kekal dengan imej bertudung labuh ! alhamdulillah .

Anak kelantan yang menduduki tempat pertama dalam spm 2006 dengan 17 1A , 1 2A kini sedang membuat jurusan perubatan di  University of Nottingham, United kingdom masih selesa dengan imej beliau yang bertudung labuh dan masih kekal dengan jati diri sebagai seorang muslimah sejati .

bersama keputusan spm beliau !









inilah contoh hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat...walau dicampak ke mana sahaja, jika pegangan agamanya kukuh, insyaAllah, Allah pasti melindunginya dari melakukan perkara yg mungkar....subhanallah !

Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan

sumber :sini

UPDATED: Amalina di fitnah !

tolong undi saya di sini bole ? thanks !



Tutorial pisahkan sidebar dengan main wrapper

Tuesday, December 27, 2011 | 5 talkiey²


Tutor nie di mintak oleh penulis novel seharum wangian syurga yang sedang malatop tus Izzah Haneefa . hehe . sori sebab baru sempat buat . jom singgah blog dia !



nie contoh nya .


 Mula - mula pergi dashboard  design  edit HTML  tick expanded widget .
 Dengan menggunakan Ctrl+F , cari perkataan .post { . delete semua kod kat situ dan     gantikan dengan kod kat bawah nie .

margin:0em 0 0px;
font-family: verdana;
font-size: 14px;
color: #424242;
padding:10px;
background :#ffffff;
border-radius:0px 0px 30px 30px;
border-left:3px solid #999999;
border-right:3px solid #999999;
border-bottom:3px solid #999999;
border-top:2px solid #999999;
line-height:1.9em;

 kemudian , cari kod .sidebar .widget { . delete semua kod di bawah nya dan ganti dengan kod kat bawah nie .


background:#ffffff;
border:3px solid #999999;
margin:0 -5px 10px -5px;
padding:0px 10px 10px 10px;
-webkit-border-radius: 30px 30px  30px 30px;
-moz-border-radius: 30px 30px  30px 30px;


 preview , then save .

opppss , tunggu kejap . mesti korang pelik bila tengok blog korang jadi macam nie .



  oke , cari kod nie #content-wrapper { . buang kod

background-color: #ffffff;


oh yea , nak mintak tolong like pic nie bole ? thanks !



SEGMEN : BLOGWALKING SAMBIL MEMFOLLOW

Monday, December 26, 2011 | 6 talkiey²




jom join segmen ny ! 


p/s: nak mintak tolong boleh ? tolong like pic nie . thanks yaw ! hehe



SEGMEN BW SAMBIL MENDERMA

Monday, December 26, 2011 | 3 talkiey²





jom join ! 

tag: jatty
     tyra



PERHATIAN !!! untuk kaum wanita .

Sunday, December 25, 2011 | 7 talkiey²





zaman sekarang nie , macam-macam alat canggih di cipta . perangai manusia pun dah semakin melampau . orang cakap dah kembali ke zaman jahiliyyah dah . malah lebih teruk dari zaman jahiliyyah ! 


dan buat kaum wanita kat luar sana tue termasuk lah diri ku ini , berhati-hati lah apabila pergi bercuti dan menginap di hotel- hotel,chalet2 atau tempat-tempat penginapan yang lain lah . ambil lah sedikit masa untuk perhatikan sekitar bilik tidur+ bilik mandi korang kalau-kalau terdapat kamera yang tersembunyi ! masyaallah .  kerana kemungkinan ini akan berlaku,kamera-kamera sekarang yang semakin kecil dan canggih , tersangatlah mudah untuk di sorok di mana-mana ceruk dan ruang . sangat berbahaya untuk kita kaum wanita . zaman sekarang , macam-macam boleh berlaku . jadi , sebelum sesuatu perkara berlaku pada kita,ada baiknya kita beringat-ingat sebelum terkena ! " It's is no use crying over spilled milk ." *ceh,spekim plop*  sebar-sebarkan kepada ahli keluarga dan taulan yang terdekat . peliharalah maruah kita sebagai seorang wanita islam dari perkara-perkara yang tidak diingini .

sekadar peringatan untuk kaum wanita ~

sabda Nabi SAW “ Tidak sempurna iman seseorang kamu itu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” ( Al-Bukhari dan Muslim)

sumber:here 





Hati Seorang Wanita~

Sunday, December 25, 2011 | 6 talkiey²






~♥ KETIKA HATI DAN JIWA MUSLIMAH TERLUKA ♥~


Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia.

Ketika hati seorang muslimah terluka, bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, matanya basah oleh lembutnya hatinya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar.

Ketika hati seorang muslimah terluka, jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna.

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar.

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH. ♥

˙·٠•●❤ Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH disaat dirimu TERLUKA. Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dari-Nya. Kerana Dia ingin sentiasa dekat dengan dirimu. Insya-Allah, Allah SWT sentiasa bersamamu.❤●•٠· 

credit:fb



Yuna perlukan bantuan !

Friday, December 23, 2011 | Jom talkiey²



korang peminat tegar Yuna yang hot tue ?
tak sabar menunggu album terbaru Yuna ?
jika di beri peluang untuk menamakan single terbaru yuna , korang nakkkk ?????
Hotlink & yuna kini telah memberi kuasa kepada korang menamakan single terbaru yuna !! korang jugak berpeluang mengundi nama yang sesuai untuk single terbaru nya . tunggu apa lagi ? jangan lepaskan peluang keemasan ini . hanya di sini .
what should Yuna call her new song ?
Jadi bintang dalam musik video Yuna yang terbaru !

sumber:Name this single because you can !



Alahai kotak followers !

Thursday, December 22, 2011 | 16 talkiey²


Lately ny , ramai betol orang guna template blogskin . syok memang lah syok .
tapi yang tak syok nya kalau korang tak letak kotak followers ! macam mana nak follow korang ? :(

Ala , kan kitorang dah letak kat atas tuh . tak nampak ke ?!


memang lah . tapi kalau nak follow guna button tue , limit nya 300 blog je korang bole follow ! kalau tak pecaye , ce try !
sebab tue kekadang bila ada orang BW kat blog kita , dan tinggalkan pesanan
yang dia dah follow blog kita tapi bila kita check , tak ada pun . lepas tue mula lah cakap

kalau tak follow , jangan cakap follow . huh !

mesti korang marah bila ada orang cakap dia dah follow kita , tapi bila check tak
follow pun . sebab tue lah korang kena letak kotak followers . senang untuk orang
nak follow kita .

bila guna blogskin , memang lah tak di sediakan kotak followers. tapi korang masih bole letak . just pergi kat Google Friend Connect . then , korang klik add the member gadget . korang customize la kotak followers korang tuh .
lepas tue klik kat generate code . dah tue , copy + paste la kat korang punya template .

10,000 langkah untuk hidup yang sihat !





jom main salji :)

Sunday, December 18, 2011 | 5 talkiey²


aduuhhh ! boring nye cuti sekolah nie . tak de mendek nak buad . nak keje ,
tak tau nak keje kat ne ! huhu . sapa ada keje kosong ? nak juin . haha

forget it ! oh yea . korang nak main salji tak ? ala , jom la kita main salji .
tak yah g kat luar negara pun . hehe .

 korang bukak google
 taip perkataan 'let it snow'
 then , tekan enter .
 snow akan turun memenuhi skrin korang .
 tak percaya ? cuba lah senirik :P
tolong klik sini .



CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA

Thursday, December 15, 2011 | 2 talkiey²



Dah lama rasanya tak join contest . *padahal baru beberapa hari * huhuhu
contest nie eiyna terjumpa time tengah jenjalan . tengok hadiah dia
superbb , teros join ! haha . tapi nak cakap blog eiyna nie superawesome , rasanya
tak kot :( just cuba nasib je . mana tau ada rezeki . kan kan ?? huhu
jom join ramai ramai . the more the merrier lorh . hehe . just tekan banner 
kalau teringin nak join :)

tag : sha
         Ainur



cara cara letak iklan churp churp

Saturday, December 10, 2011 | 4 talkiey²


okey sekarang kita belajar cara cara nak letak iklan churp churp pulak ye .
senang je cara nya . take it easy ! tapi korang dah daftar belom ? kalau belom cepat cepat daftar kat sini !

Antara iklan churp churp : * korang click je kat link tue untuk tengok iklan tersebut ye ?



1. dashbord > Design > Add A Gadget > Choose HTML/Javascript .
2. copy & paste kod kat bawah nie di HTML/Javascript .


<center>
<a href="LINK CHURP 1" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 1" width="90" height="90" /></a>

<a href="LINK CHURP 2" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 2" width="90" height="90" /></a>

<a href="LINK CHURP 3" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 3" width="90" height="90" /></a>

</center>

3. Buka churp churp korang . click pada button reward .


4. Kat situ ada macam macam iklan dan pilih yang korang bekenan . sebagai contoh :


5. click pada teruskan berkongsi/ keep sharing .


6. right click , then ambik url gambar churp churp tersebut dan paste kan dekat kod tadi .


7. copy link churp churp tersebut dan save dekat kod tadi . 

kemudian save .

kalau nak kongsi kat laman sosial just  click kat mana mana platform yang di sediakan .
sekarang bantu saya pula dengan click cni dan sinii ! thank you :)




cara cara daftar churp churp

Friday, December 09, 2011 | 5 talkiey²


siapa yang belom daftar Churp churp ? mak aihhh , ramainya ! muahaha
sapa sapa yang tak tahu menahu langsong pasal churp churp nie meh eiyna nak
tolong bagitau . tappiii..... erk.. err.. sebelum tue bole tolong klik sini and sini !
thank you . kih kih kih .

churp churp nie sama macam nuffnang dan merupakan iklan secara online melalui 
facebook , twitter , blog dan laman sosial yang lain . kita akan dapat rm 0.20- rm 0.40 setiap kali orang klik iklan kita . kira macam income kita lah walaupun hanya duduk kat rumah ! kita bole pilih kempen mana yang kita nak iklankan . contoh macam kat bawah nie . korang boleh klik kalau nak tengok macam mana iklan tue .

dan banyak lagi lah iklan dari churp churp ! korang teringin nak daftar churp churp ? tapi tak tahu caranya ? oke , eiyna akan tunjukkan cara nya . korang akan dapat RM 0.20 - RM 0.40 per click ! mesti dalam hati korang cakap "uikk , ckit nye ." 
memang la sikit permulaannya..

tappppiiiiikannnn , kalau dah 500 orang click dah banyak mane ?

  • picit sini untuk mendaftar .
  • sign in menggunakan akaun facebook korang .
  • masukkan emel dan password .
  • tekan allow .
  • dan selesaikan 3 step yang di perlukan .





tekan authorize with facebook .


tekan authorize with twitter . kalau tade just klik skip .



isikan maklumat yang di perlukan . pastikan korang masukkan nama sebenar
seperti dalam ic korang . jangan tick kotak yang eiyna purple kan tue jika anda beragama islam lah . sebab kalau tick , makna nya korang benarkan iklan mengenai arak dan rokok .


tick i understand tue , then update !  tahniah ! korang dah pun jadi ahli churp churp .
cara cara nak letak iklan kat blog nanti lain kali eiyna post okeh ?! hehe
just tunggu yaw :)

tunggu apa lagi , jom daftar churp churp !